16.3.16

CERITA DARI MINDA 2 :)

 1) Kemungkinan nak buat cerita pasal seorang budak kampung yang berpindah ke bandar & bersekolah di sana. 


  Tema - Seorang gadis kampung yang berpindah ke bandar demi membebaskan diri dari kesusahan di kampung. 

  Kemuncak - Saleha mahu lari dari rumah ke kampung tetapi ditahan oleh ayahnya. Ayahnya kemudian menenangkan Saleha dengan menceritakan pengalamannya di kampung. 

  Peleraian - Akhirnya Saleha berfikir sejenak. Dia akhirnya menyedari bahawa di mana saja seseorang berada, terdapat kelebihan dan kelemahannya. Saleha insaf dan sejak itu, dia sering bersyukur dengan apa yang diperolehinya dan dia sentiasa mempunyai cara terbaik untuk bersyukur.

(Dicatat pada 29/2/16 pada buku notaku, hehehe ^^)

2) Kemungkinan mahu membuat cerita bertemakan "Pertemuan seorang penyanyi popular yang tidak disangka-sangka di 'Akademi TaNyian' dengan jejaka yang sama taraf dengannya"

  Kemuncak - Najwa dan Fauzan bertekad mahu meletak jawatan sebagai penyanyi kerana mula berumah tangga.

3)Kemungkinan mahu membuat cerita bertemakan "Pertemuan dua insan yakni akan berakhir dengan perpisahan"

  Kemuncak - Ismail mendapat tahu bahawa kekasih gelapnya, kekasih yang 'anti-couple', kekasih yang kekasih yang belum  sempat dilamar, sudahpun pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.

4) Tema cerita - Kelebihan Solekan

  Kemuncak - Amira akhirnya tahu betapa pentingnya solekan yang terdahulu tidak disukainya.

5) Tema - Kepentingan diari dalam hidup, mengisahkan seorang gadis remaja sering membawa diari kecil bersamanya.

  Kemuncak - Lelaki idaman 'Star Diary' itu telah menjumpai diarinya yang sudah lama hilang dan memulangkannya. Itu adalah peluang bagi 'Star Diary' untuk berkenalan <3

  

24.1.16

CERITA DARI MINDA :)

"Assalam,hai! Ini adalah slot khas untuk diri sendiri. Juga untuk orang yang nak tahu idea-idea saya jer.. ^-^ Err, maaf sebab kesulitan yang berlaku pada cerita [Pengaruh] tu. Kenalah faham yang saya ni pelajar sekolah menengah,sibuk membuat persiapan untuk Pt3 tahun hadapan.. ha doakan tau! hehe. Ok lah, selamat membaca! Maaf atas salah silap saya sepanjang menulis idea ini"






tajuk- SUAMI VS TEMAN LELAKI

nota/idea : 


Bahagian 1- Permintaan

-ibu memanggil anak untuk mengadakan perbincangan -ibu bapa mahu anak tunggal berkahwin dengan 'orang yang bertuah' - anak terkaku - anak buntu - anak sudah biasa dengan hidup sendiri sejak teman lelaki curang dan meninggalkannya 3 tahun yang lepas -

Bahagian 2 - Akad Nikah

-???? - 'lelaki bertuah' melafaskan akad nikah - akhirnya kedua-duanya sah berkahwin - majlis perkahwinan amat meriah - majoriti adalah daripada pihak pengantin lelaki - pengantin perempuan sempat merenung wajah suaminya, berkulit kuning langsat berambut hitam - isteri perasan wajah suami agak bercahaya - isteri berasa hatinya sedang berputik-putik bagai kegembiraan sedang menunggu..

-berakhirlah majlis - isteri menuju ke bilik pengantin - duduk di hujung katil - isteri runsing, dia terasa rendah diri kerana ahli keluarga suami semua berpakaian labuh, berwatakan alim seperti berada di rumah Allah iaitu masjid - isteri teringat kata ibu, dia bakal mendapat suami anak orang kaya! 

-lebih banyak berfikir,membuatkan isteri pasrah - isteri berasa menyesal atas persetujuan dia dan ibu ayahnya serta syarat yang ditetapkan - syaratnya adalah mereka perlu tidur berasingan - mereka juga hanya akan berbual perkara yang penting sahaja -


Bahagian 3 - 


-pada permulaan sering bertengkar dan tidur berasingan -

-3 bulan selepas pernikahan, pada pagi Subuh yang indah, usai sembahyang Subuh & bersarapan, si isteri keluar dari rumah - meminta izin suami - memandu kereta Proton Saga yang berwarna biru muda miliknya -

-sampai di suatu taman yang bernama 'Taman Burung Putih' kerana tempat tersebut sering dilalui oleh burung merpati - tiada orang di taman - si isteri bertenang lalu memulakan langkah ke taman untuk mencapai tujuan mahu berjoging - sebelum itu si isteri melakukan aktiviti senaman untuk menguatkan daya tahan otot -

-tanpa disangka, si isteri terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arahnya - si isteri terkaku seketika - bunyi tersebut semakin dekat - si isteri menoleh -

---------- Di Rumah pada waktu yang sama --------

-si suami membancuh air kopi - duduk di kerusi menghadap meja kayu yang terletak bersebelahan dengan katil - meletakkan secawan kopi panas di kanan meja - mencapai beg galas berwarna coklat lalu mengeluarkan sebuah komputer riba tanpa wayar - meletakkannya bersebelahan cawan - membuka laci di bawah meja - mencapai sebuah fail lalu menekan butang 'on' pada komputer riba -

-tiba tiba telefon berdering - lagu Akim berjudul 'Potret' didendangkan - "mesti si isteri", teka suami - menuju ke tempat dia meletakkan telefon pintarnya -

-melihat orang yang menelefonnya - sangkaannya tepat - yang menelefon adalah si isteri - si suami segera mengangkat telefon -

- memberi salam - tiba tiba yang menjawabnya bukanlah si isteri tetapi seperti suara seorang pemuda! -

-si suami terkejut - tanpa berfikir panjang si suami terus bertanya maklumat tentang pemuda tersebut - maklumat pertama yang ditanya adalah nama pemuda itu -

-pemuda itu tidak menjawab tetapi terus berkata "Bidadarimu berada di dalam genggamanku!" - si suami berkata dengan nada risau "Apa yang engkau mahu lakukan dengan isteriku? Lepaskan dia!" - pemuda itu menjawab, "Isterimu ialah teman wanitaku. Berani kau merampasnya daripadaku?" - si suami berkata dengan kesungguhan, "Dia isteriku! Dia adalah hak milik aku sekarang, kau kata dia kau punya?" -

-si pemuda berasa meluat lalu menjawab dengan nada selamba, "Jika engkau mahu bidadarimu ini semula, datanglah mengambilnya daripada aku di 'Taman Burung Putih', aku akan setia menunggumu" - suami menahan marah lalu berkata, "Oh, kau telah menguji kesabaranku. Siaplah kau nanti!" - "memang aku telah bersiap sedia" -

-akibat tidak tahan lagi dengan pemuda itu,si suami terus meletakkan telefon lalu mengambil kunci kereta - tanpa menukar pakaian,si suami bergegas ke tempat yang dijanjikan -

---------Beberapa Minit Kemudian---------

-si suami selamat sampai di 'Taman Burung Putih' - tidak jauh dari tempat dia berdiri, si suami ternampak isterinya dengan seorang lelaki - "mesti pemuda tadi" teka suami -

-suami bergegas ke tempat tersebut - air mukanya berubah selepas melihat pemuda itu leka dengan isterinya - si isteri ternampak suami lalu cuba melepaskan diri - malangnya, kedua-dua tangannya diikat dengan ketat - 

-tanpa berfikir, si suami terus melepaskan penumbuk ke muka pemuda itu - mujurlah pemuda itu tidak perasan akan kehadirannya - pemuda mengerang kesakitan - si suami menendang pemuda demi kepuasan hati - pemuda jatuh - suami terus membuka ikatan pada tangan isteri - menyuruh isteri membuat laporan polis di balai berdekatan - isteri mengikut arahan -

-si suami menggenggam kedua-dua belah lengan pemuda itu lalu membawanya ke belakang ala ala seorang polis yang berani - mencapai tali lalu segera mengikat tangan pemuda dengan agak ketat - membawa masuk ke kereta Proton Exora berwarna merah pekat miliknya -

--------BERSAMBUNG-------

14.12.15

PENGARUH [Sinopsis]

Cerita ini adalah tentang seorang budak lelaki yang bernama Inui Yamada. Dia berumur 7 Tahun. Dia adalah anak bongsu daripada 2 beradik, seorang lagi adalah abangnya, Kudou Yamada ; berumur 17 Tahun. Inui bersekolah di "Sakurasou Primary School", sekolah yang bertaraf biasa. Mereka sekeluarga tinggal di Osaka,Jepun. Dia mempunyai seorang sepupu yang sebaya dengannya, Nakamura Soka. Soka tinggal bersama mereka sekeluarga ; kerana ibu bapanya meninggal dunia semasa kemalangan. Di sekolah, Inui dikenali sebagai 'nerd' : seseorang yg hanya pentingkan pelajaran. Sebenarnya, dia bukanlah lelaki sebegitu, puncanya adalah ibu nya, Puan Yamada ; yang telah melarangnya untuk bergaul dengan rakan-rakan nya mengenai hal-hal yang tidak penting di sekolah & bukan berkaitan dgn pelajaran atau kokurikulum. Dia berasa sungguh pelik dengan sikap ibu nya & pernah bertanya kpd ibu nya mengenai hal tersebut, namun ibu nya hanya berdiam diri sahaja.

Kata Alu-Aluan

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum & Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua 'visitors' yang sudi menziarahi blog ini. Eh,eh??? Alamak, dah macam berucap masa perhimpunan pulak , hehehe...


Apa-apa pun, pertama sekali saya nak berterima kasih sebab sudi 'usya' blog saya ni. Tak kira lah 'ter' usya ke atau saje saje usya kerr ... [Neh -w-] Kalau nak tahu/belum tahu lagi , perkara tu buat saya lebih BERSEMANGAT untuk terus menulis blog ini ^^ hehe ... Tak faham ? Orang yang bangkit selepas gagal saja yang benar-benar faham tentang perkara ini.


Ok , benda penting yang saya nak ungkit adalah berkenaan dengan tujuan blog ini dihasilkan. Bismillah , tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk berkongsi cerita-cerita yang menarik berdasarkan pengalaman penulis. Semua pun dah tahu kan ? Tak tahu lagi ? Ada kat bawah tajuk tu ha ...


Hm, sebenarnya sekarang ini saya hanya mahu cuba menulis sesuatu di blog sahaja ... hehehe... Kerana saya sudah lama tidak menulis blog ... Dah dapat kan ? Ha, kalau tak dapat lagi , blog ini adalah blog kedua sayaa.. [Pelekat Peace] blog pertama tu saya buat masa umur saya 11 tahun , jadi ..., apa yang saya tulis di blog itu adlh tntg watak kegemaran dalam cerita kartun jepun yg dipanggil "Anime" je... yalah, budak2 , kan \=w=/ (Tak sedar yang diri tu masih budak) Oh, nama website 'nya' saya dah tak ingat ... (Apa gelak2? Suka hati sayalah! xP )

Dan .... Akhir cerita , terima kasih ya sebab baca saya punya kata alu-aluan ni ... ^^ Maafkan saya kalau2 ade kesalahan,gurau sampai terkecil hati dan sebagainya 

Assalamualaikum dan , Selamat Malam !