24.1.16

CERITA DARI MINDA :)

"Assalam,hai! Ini adalah slot khas untuk diri sendiri. Juga untuk orang yang nak tahu idea-idea saya jer.. ^-^ Err, maaf sebab kesulitan yang berlaku pada cerita [Pengaruh] tu. Kenalah faham yang saya ni pelajar sekolah menengah,sibuk membuat persiapan untuk Pt3 tahun hadapan.. ha doakan tau! hehe. Ok lah, selamat membaca! Maaf atas salah silap saya sepanjang menulis idea ini"






tajuk- SUAMI VS TEMAN LELAKI

nota/idea : 


Bahagian 1- Permintaan

-ibu memanggil anak untuk mengadakan perbincangan -ibu bapa mahu anak tunggal berkahwin dengan 'orang yang bertuah' - anak terkaku - anak buntu - anak sudah biasa dengan hidup sendiri sejak teman lelaki curang dan meninggalkannya 3 tahun yang lepas -

Bahagian 2 - Akad Nikah

-???? - 'lelaki bertuah' melafaskan akad nikah - akhirnya kedua-duanya sah berkahwin - majlis perkahwinan amat meriah - majoriti adalah daripada pihak pengantin lelaki - pengantin perempuan sempat merenung wajah suaminya, berkulit kuning langsat berambut hitam - isteri perasan wajah suami agak bercahaya - isteri berasa hatinya sedang berputik-putik bagai kegembiraan sedang menunggu..

-berakhirlah majlis - isteri menuju ke bilik pengantin - duduk di hujung katil - isteri runsing, dia terasa rendah diri kerana ahli keluarga suami semua berpakaian labuh, berwatakan alim seperti berada di rumah Allah iaitu masjid - isteri teringat kata ibu, dia bakal mendapat suami anak orang kaya! 

-lebih banyak berfikir,membuatkan isteri pasrah - isteri berasa menyesal atas persetujuan dia dan ibu ayahnya serta syarat yang ditetapkan - syaratnya adalah mereka perlu tidur berasingan - mereka juga hanya akan berbual perkara yang penting sahaja -


Bahagian 3 - 


-pada permulaan sering bertengkar dan tidur berasingan -

-3 bulan selepas pernikahan, pada pagi Subuh yang indah, usai sembahyang Subuh & bersarapan, si isteri keluar dari rumah - meminta izin suami - memandu kereta Proton Saga yang berwarna biru muda miliknya -

-sampai di suatu taman yang bernama 'Taman Burung Putih' kerana tempat tersebut sering dilalui oleh burung merpati - tiada orang di taman - si isteri bertenang lalu memulakan langkah ke taman untuk mencapai tujuan mahu berjoging - sebelum itu si isteri melakukan aktiviti senaman untuk menguatkan daya tahan otot -

-tanpa disangka, si isteri terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arahnya - si isteri terkaku seketika - bunyi tersebut semakin dekat - si isteri menoleh -

---------- Di Rumah pada waktu yang sama --------

-si suami membancuh air kopi - duduk di kerusi menghadap meja kayu yang terletak bersebelahan dengan katil - meletakkan secawan kopi panas di kanan meja - mencapai beg galas berwarna coklat lalu mengeluarkan sebuah komputer riba tanpa wayar - meletakkannya bersebelahan cawan - membuka laci di bawah meja - mencapai sebuah fail lalu menekan butang 'on' pada komputer riba -

-tiba tiba telefon berdering - lagu Akim berjudul 'Potret' didendangkan - "mesti si isteri", teka suami - menuju ke tempat dia meletakkan telefon pintarnya -

-melihat orang yang menelefonnya - sangkaannya tepat - yang menelefon adalah si isteri - si suami segera mengangkat telefon -

- memberi salam - tiba tiba yang menjawabnya bukanlah si isteri tetapi seperti suara seorang pemuda! -

-si suami terkejut - tanpa berfikir panjang si suami terus bertanya maklumat tentang pemuda tersebut - maklumat pertama yang ditanya adalah nama pemuda itu -

-pemuda itu tidak menjawab tetapi terus berkata "Bidadarimu berada di dalam genggamanku!" - si suami berkata dengan nada risau "Apa yang engkau mahu lakukan dengan isteriku? Lepaskan dia!" - pemuda itu menjawab, "Isterimu ialah teman wanitaku. Berani kau merampasnya daripadaku?" - si suami berkata dengan kesungguhan, "Dia isteriku! Dia adalah hak milik aku sekarang, kau kata dia kau punya?" -

-si pemuda berasa meluat lalu menjawab dengan nada selamba, "Jika engkau mahu bidadarimu ini semula, datanglah mengambilnya daripada aku di 'Taman Burung Putih', aku akan setia menunggumu" - suami menahan marah lalu berkata, "Oh, kau telah menguji kesabaranku. Siaplah kau nanti!" - "memang aku telah bersiap sedia" -

-akibat tidak tahan lagi dengan pemuda itu,si suami terus meletakkan telefon lalu mengambil kunci kereta - tanpa menukar pakaian,si suami bergegas ke tempat yang dijanjikan -

---------Beberapa Minit Kemudian---------

-si suami selamat sampai di 'Taman Burung Putih' - tidak jauh dari tempat dia berdiri, si suami ternampak isterinya dengan seorang lelaki - "mesti pemuda tadi" teka suami -

-suami bergegas ke tempat tersebut - air mukanya berubah selepas melihat pemuda itu leka dengan isterinya - si isteri ternampak suami lalu cuba melepaskan diri - malangnya, kedua-dua tangannya diikat dengan ketat - 

-tanpa berfikir, si suami terus melepaskan penumbuk ke muka pemuda itu - mujurlah pemuda itu tidak perasan akan kehadirannya - pemuda mengerang kesakitan - si suami menendang pemuda demi kepuasan hati - pemuda jatuh - suami terus membuka ikatan pada tangan isteri - menyuruh isteri membuat laporan polis di balai berdekatan - isteri mengikut arahan -

-si suami menggenggam kedua-dua belah lengan pemuda itu lalu membawanya ke belakang ala ala seorang polis yang berani - mencapai tali lalu segera mengikat tangan pemuda dengan agak ketat - membawa masuk ke kereta Proton Exora berwarna merah pekat miliknya -

--------BERSAMBUNG-------