1) Aiman (Budak Handsome & Cute =)
Tahun lepas, pada hujung bulan Jun 2015, saya mempunyai seorang sahabat baik. Dia dikurniakan nama yang mudah disebut iaitu Muhammad Aiman Bin Salimi. Dia bersekolah di Smk Puchong, sebaya (sama umur) dengan saya. Kami mula berkenalan di satu aplikasi yang bernama "WeChat". Untuk pengetahuan, saya adalah pengawas Pusat Sumber Sekolah tahun itu. Sejak kami rapat sehingga menjadi sahabat baik, dia turut serta menjadi pengawas 'PSS'. Sejak itu, setiap kali bertugas, (pada awal pagi, dari pukul 8 hingga 12:30) kami berpeluang untuk berjumpa. Semuanya okey sehinggalah pada suatu hari, sekitar pukul 12 tengah hari,saya merancang mahu study sains di pss, saya menyuruh Aiman pergi ke tapak perhimpunan dahulu, tetapi dia tidak mahu. Dia menyuruh saya mengajarnya subjek Sains. Semasa baru sahaja hendak mula belajar, dia mendekati saya dan saya hanya membiarkannya,tidak tahu mengapa. Semasa inilah berlakunya situasi yang menjauhkan kami, Susaffa (GF dia) masuk ke pss dan ternampak kami dalam keadaan berdua sahaja. ah,sudah..... Selepas kejadian itu, Susaffa mula menjadi pengawas pss.. Peluang saya berjumpa dengannya amat tipis, kami hanya boleh berbual di Wechat sahaja.Satu lagi sebab hubungan kami tidak dapat dikekalkan adalah, suatu hari saya hanya mahu mengusiknya. Saya menyamar jadi orang lain dengan membuat akaun wechat baharu. Malangnya, dia sudah tahu perkara itu. Yang mengecewakan saya hanya apabila dia menganggap saya 'tikam belakang' dia... Bermaksud, dia fikir saya menipu dan sengaja memperlekehkannya. Ia juga bermaksud saya tidak ikhlas berkawan dengannya. Hei, mana adalah...... saya tidak berniat pun begitu.... Dia amat marah sehingga menaip berjuta patah perkataan kepada saya.. Saya hanya menjawab dengan positif kerana tidak mahu dia memutuskan hubungan ini..... dia juga 'post' berjuta patah perkataan di timeline Wechat nya..... Sejak itu, kami tidak berbual sangat di Wechat dan ini amat menyedihkan saya..........
Itu sahaja.......